Jangan guna kanak-kanak untuk mengemis, jual barang

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada Rabu sekali lagi memberi amaran kepada sindiket atau individu yang menggunakan kanak-kanak untuk tujuan mengemis agar berhenti berbuat demikian. Timbalan Menterinya Hannah Yeoh menegaskan, kanak-kanak di bawah 18 tahun tidak dibenarkan digunakan oleh sesiapa termasuk penjaga mereka untuk mengemis atau menjual barangan. Katanya, ini termasuk kanak-kanak yang mengenakan uniform atau mengutip derma bagi pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) kecuali ngo tersebut mempunyai permit khas bagi tujuan mengutip derma.