Jangan jadikan pelajar mangsa sistem pendidikan

Persatuan Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) mengharapkan supaya pelajar tingkatan tiga pada tahun ini tidak dijadikan sebagai bahan eksperimen sistem pendidikan negara. Setiausaha Kehormat PAGE, Tunku Munawirah Putra berkata selain berdepan isu ketiadaan buku teks mata pelajaran sains dan matematik bagi Program Dwibahasa (DLP), mereka juga pernah berdepan cabaran sejak darjah satu lagi.