Tutup

Jangan jadikan SPRM "punching bag"

Mana-mana pihak yang mengesyaki berlakunya rasuah atau salahguna kuasa perlu melaporkan terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan tidak menghebahkan maklumat tersebut kepada umum. Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Beebi Koya, tindakan itu dikhuatiri akan menjejaskan operasi dan menganggu siasatan sehingga menyebabkan suspek menutup jejak mereka. Katanya masyrakat perlu memberi ruang membuat siasatan atau tangkapan berdasarkan keterangan yang berwibawa.