Jangan kaitkan KBAT dengan Aras Kesukaran Peperiksaan

Salah faham dan keliru dalam kalangan ibu bapa dan penjaga mengenai perlaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi KBAT timbul apabila KBAT sering dikaitkan dengan tahap kesukaran soalan peperiksaan di sekolah. Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Dasar & Perkembangan (SPDP) Lembaga Peperiksaan Dr Rahimah Adam berkata perlaksanaan KBAT itu dilakukan berdasarkan penilaian ke atas kebolehan murid itu sendiri.