Jangan kelirukan ahli, Clare cabar Hadi

Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown meminta supaya Pas menjadi sebuah parti yang telus bukan sahaja kepada rakyat Malaysia, malah kepada ahlinya. Beliau turut mencabar presiden parti berteraskan Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menjelaskan kenyataan tidak konsisten beliau berhubung penyaluran dana RM2.5 juta dari UMNO kepada Pas.