Tutup

Video  | 

Jangan klasifikasikan cubaan bunuh diri sebagai perbuatan jenayah - Timbalan Menteri Kesihatan

Undang-undang sedia ada perlu dipinda agar cubaan membunuh diri tidak diklasifikasikan sebagai perbuatan jenayah, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye. Beliau berkata, ia adalah langkah yang pertama sekali perlu dilakukan sebelum kerajaan melalui Kementerian Kesihatan dapat membangunkan pangkalan data pendaftaran dalam usaha mengenal-pasti pelaku, tingkah laku, faktor secara langkah bersesuaian untuk menangani isu cubaan bunuh diri. Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH - Bandar Kuching) yang ingin mengetahui langkah kerajaan dalam usaha menangani tekanan oleh pemberi khidmat nasihat dalam kes cubaan bunuh diri termasuk doktor, pakar psikiatri dan jururawat.