Jangan letak harga Songket, Batik seperti Proton Saga

Pengusaha Batik dan Songket digesa untuk tidak meletakkan harga kedua-dua barangan tersebut semahal kereta Proton Saga sebaliknya ia perlu dipasarkan pada harga yang berpatutan. Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, saranan itu bagi merancakkan kembali industri Batik dan Songket di negara ini.