Jangan panik dengan fenomena air laut surut

Penduduk di Terengganu diminta tidak panik dengan fenomena air laut surut sehingga beberapa ratus minit di pantai-pantai di negeri itu sejak beberapa hari lalu. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Che Adam A. Rahman berkata, keadaan itu sudah dirujuk kepada beberapa pihak dan mendapati ia adalah fenomena biasa.