Jangan pinggir mana-mana golongan wanita - Nurul Izzah

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, menyeru masyarakat agar tidak meminggirkan mana-mana golongan wanita dalam menyambut Hari Wanita Sedunia, yang disambut hari ini. Tidak kira latar belakang, semua wanita wajar dihargai kerana setiap sumbangan mereka memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan negara.