Jangan sembunyikan penagih dadah di sekolah! - KGMMB

Pihak sekolah perlu telus dan jangan menyembunyikan pelajar-palajar yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah demi menjaga imej sekolah. Presiden Kesatuan Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB), Jasni Md Kechik, berkata sekolah harus berterus-terang dan melaporkan masalah membabitkan pelajar kepada polis dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).