Tutup

Jangan spekulasi kehilangan Mohammad Ashraf

Laluan Gopeng Ultra Trail dikatakan agak mudah kerana pihak penganjur telah tiga kali menganjurkannya. Beberapa anggota penyelamat turut mengakui kebanyakan laluan larian itu tidak terlalu mencabar, lebih-lebih lagi kepada Ashraf yang bukannya baru dalam acara sedemikian. Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kehilangan Mohammad Ashraf.