Jangan terlalu hentam Tun M - Tajuddin

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menasihatkan rakan-rakan kepimpinannya dalam Barisan Nasional (BN) supaya jangan terlalu menghentam calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau berpendapat, tindakan sedemikian boleh memberi kesan negatif kepada UMNO dan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.