Janji terakhir suami sebelum lemas

"Biarlah habis gaji abang bulan ini kerana nak belikan telefon untuk umi, asalkan umi ada telefon baru." Kata-kata tersebut melekat di hati Rosmaria Ab Ramli, 32, balu Allahyarham Izatul Akma Wan Ibrahim, salah seorang anggota Penyelamatan Di Air (PPDA), Jabatan Bomba dan Penyelamat yang terkorban dalam tragedi di sebuah lombong di Putra Perdana, Puchong, Rabu lalu.