Tutup

Jantina tidak mengehad proses berkarya Sasterawan Negara

Jantina seseorang itu tidak pernah menghalang seseorang itu untuk berkarya. Menurut Sasterawan Negara ke-14 Dr Siti Zainon Ismail beliau tidak pernah merasakan penerimaan penulis dan masyarakat negara ini terhadap sumbangan dan karya beliau atas faktor jantina. Terdahulu Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menegaskan pemilihan Dr Siti Zainon Ismail sebagai Sasterawan Negara adalah berdasarkan pandangan kolektif profesional dan tidak melihat kepada gender atau bangsa.