Tutup

JARING dakwa transaksi di tengah laut, punca bekalan ikan susut

Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Malaysia (JARING) mendakwa berlaku pendaratan ikan di Satun, Thailand, selain ada transaksi jual beli hasil tangkapan negara kepada nelayan asing di tengah laut. Pengerusinya, Che Ani Mat Zain berkata, sindiket itu menyebabkan penyusutan hasil laut hingga tidak berupaya menampung permintaan pengguna.