Tutup

Jaringan 5G; Pemain e-Sukan tidak perlu ke luar negara untuk latihan

Bagi pemain sukan e-Sukan, mereka menyambut baik pengenalan jaringan 5G di negara ini. Exco e-Sport Kuala Lumpur, Nur Amirul Affandi berkata, ia bakal beri penjimatan kepada peminat e-Sukan. Ini kerana ada pemain e-Sukan terpaksa keluar negara untuk berlatih bagi sesetengah permainan yang perlukan internet berkelajuan tinggi.