Jaringan internet di PDM seluruh negara dinaik taraf

Jaringan internet di pusat daerah mengundi (PDM) seluruh negara dinaik taraf bagi memastikan tiada gangguan capaian internet sepanjang Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14). Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Jailani Johari berkata kerja-kerja menaik taraf itu telah dilaksanakan secara berperingkat melibatkan kira-kira 8245 PDM.