JAS mengenakan tindakan ke atas 38 kilang dan premis di Pasir Gudang

Perkembangan pencemaran udara di Pasir Gudang. 38 kilang dan premis di Pasir Gudang telah diambil tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar selepas mendapati pelanggaran peraturan yang ditetapkan. Perkara itu dimaklumkan oleh Exco Kesihatan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar dalam sidang media petang tadi. Laporan lanjut bersama wartawan Fareez Azman di Johor.