JAS: Sungai Nyior dicemari E-coli

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pahang mengesahkan Sungai Nyior di Balok Baru, Kuantan dicemari dengan bakteria E-coli. Pengarahnya, Rosli Zul berkata hasil daripada ujian sampel yang dilakukan pada 13 April menunjukkan kandungan E-coli yang tinggi dipercayai akibat sisa loji kumbahan manusia ataupun sisa najis daripada ladang ternakan haiwan.