Jawatankuasa khas antara wilayah di Malaysia akan ditubuh

Satu jawatankuasa khas akan diwujudkan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi menyelesaikan pelbagai isu berbangkit sekali gus mewujudkan pentadbiran yang lebih harmoni. Ketua Whip Parlimen Gabungan Parti Sarawak GPS Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, perkara itu didedah sendiri oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan bersama ahli GPS di Putrajaya pada Khamis.