Tutup

Jawatankuasa tangani isu keganasan rumah tangga - Wan Azizah

Jawatankuasa menangani keganasan rumah tangga yang kini dalam proses penubuhan akan berperanan mencari kaedah penyelarasan terbaik dalam menangani isu keganasan rumah tangga melalui libat urus dengan pihak-pihak berkepentingan. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata jawatankuasa di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) itu akan menjadi platform pemantauan dan penyelarasan antara agensi kerajaan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dalam menangani gejala itu.