JBPM bantu terbangkan pesakit jantung

Seorang suri rumah yang mengalami masalah jantung dibawa dari Hospital Sungai Buloh ke Hospital Pulau Pinang (HPP) menerusi penerbangan ihsan jabatan bomba dan penyelamat (JBPM) bagi menjalani rawatan segera. Penerbangan ihsan dari Unit Udara JBPM itu membawa Ruby Looi Joo Hua, 47 tahun, yang mengalami masalah pendarahan pada saluran jantung.