Tutup

JEIWA terus memperkasa wanita dengan Konvensyen Wanita Gemilang

Selaras dengan jiwa 2018 yang diisytihar sebagai Tahun Memperkasakan Wanita, Persatuan Pemerkasaan Wanita Intelektual Johor (JEIWA) menganjurkan Konvensyen Wanita Gemilang buat julung kalinya. Bertemakan bebaskan diri daripada keganasan terhadap wanita dan gangguan seksual, konvensyen ini bertujuan untuk memperkasakan kaum hawa melalui satu ekosistem yang lengkap dan berterusan.