Jelaskan hubungan Bersatu dengan pembangkang di Sabah

Parti Pribumi Bersatu Malaysia perlu menjelaskan hubungan mereka dengan pembangkang untuk mengelakkan salah faham terutama daripada Parti Warisan Sabah. Pensyarah Sains Politik dan Dasar Awam Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sabah, Mohd Raheezal Abdul Kadir menjelaskan, ia sekali gus mengelakkan kekhuatiran pemimpin warisan dan rakyat terhadap kemasukan Bersatu di negeri itu sendiri.