Tutup

Jenazah 3 beradik dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Binjai

Jenazah 3 beradik yang maut dalam kemalangan selepas menghantar ahli keluarga menunaikan umrah dimandikan sendiri ibu bapa mereka yang baharu sahaja pulang dari Mekah. Jenazah ketiga-tiga mangsa disolatkan di Masjid Jamek Binjai, Kemaman, selepas Maghrib dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Binjai.