Tutup

Jenazah Allahyarham Mohd Zahir tiba di Kem Wardieburn jam 1.48 pagi

Jenazah Allayarham Mejar Mohd Zahir Armaya sebelum itu selamat tiba di Masjid Al Fatih Kem Wardieburn, Setapak Kuala Lumpur kira-kira jam 1.48 pagi Khamis. Ketibaan jenazah allahyarham disambut oleh Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Panglima Tentera Darat Jeneral Datuk Seri Ahmad Hasbullah, keluarga allahyarham serta pegawai dan anggota Angkatan Tentera.