Video  | 

Jenazah mangsa dari Johor dibawa pulang guna helikopter

Dua daripada jenazah mangsa MH17, Mohd Ali Md Salim dan Hasni Hardi Parlan akan dibawa ke kampung halaman masing-masing di Johor menggunakan helikopter Jumaat ini. Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor, Norizan Kulob memaklumkan, kedua-dua jenazah berkenaan dijangka tiba 12.30 tengah hari dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mendarat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pagoh serta Padang B, berhampiran Sekolah Tinggi Segamat di Segamat.