Jenazah Nazrin Hassan selamat dikebumi

Jenazah Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Nazrin Hassan yang meninggal dunia dalam satu kebakaran di rumahnya di Mutiara Damansara, selamat dikebumikan pada pukul 10 pagi tadi. Jenazah tiba di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara kira- kira pukul 9:30 pagi. Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan semasa proses pengebumian dijalan dengan kehadiran kira-kira 300 orang anggota keluarga, rakan-rakan dan pekerja yang datang bagi memberi penghormatan terakhir. Isterinya Samirah Muzaffar, bersama keluarganya kelihatan tabah menguruskan perjalanan terakhir jenazah. Sebelum itu jenazah dibawa ke Masjid Kota Damansara, dan disembahyangkan selepas Solat Aidilfitri.