Tutup

Jenazah pelajar cemerlang UPSR selamat dikebumikan

Jenazah murid cemerlang 6A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Lemal, Pasir Mas, pada tengahari Isnin. Allahyarham Wan Adibah Farhanim Wan Mazlan, 12 tahun, yang mengidap kanser limfoma atau kelenjar darah, meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi Isnin di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).