Jenazah Pengasas Dnars Skincare selamat disemadikan

Lebih 400 pelajar pondok dari Tumpat Kelantan menyertai solat jenazah Pengasas Produk Kecantikan Dnars Skincare, Faziani Rohban yang meninggal dunia dalam satu kemalangan di Pattani, Selatan Thailand, semalam. Jenazah kemudiannya disemadikan di Tanah Perkuburan Kedemit, Tumpat pada pukul 10.30 malam.