Jenazah Raja Halimahton Shahrin selamat dimakamkan

Jenazah kekanda Permaisuri Johor, Al-Marhumah Raja Halimahton Shahrin Sultan Idris Shah yang mangkat, pada Sabtu selamat dimakamkan di Makam di Raja di Kuala Kangsar, kira-kira jam 2.20 petang, Ahad. Sebelum itu, jenazah Al-Marhumah dibawa ke Masjid Ubudiah Kuala Kangsar dan disembahyangkan oleh jemaah selepas solat Zuhur.