Jenazah tiga sekeluarga rentung selamat dikebumikan

Jenazah tiga sekeluarga yang rentung dalam kebakaran di Perkampungan Nelayan Bukit Malut pada pagi Isnin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Chuping, Perlis. Kira kira jam 10 malam Selasa. Hujan lebat mengiringi upacara pengebumian yang dihadiri kira kira 100 orang termasuk 4 anak mangsa, keluarga dan penduduk sekitar.