Jentera bomba serang objek keras - saksi

Jentera bomba yang berada di lokasi bagi memadam kebakaran sebuah kereta ketika rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ 25 November lalu dibaling dengan objek keras sehingga cermin hadapan pecah. Menurut saksi pertama prosiding inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, Ketua Bahagian Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah Subang Jaya Deputi Superintendan Mohamad Nasir Drahman jentera Fire Rescue Tender (FRT) turut dikelilingi orang ramai.