Tutup

Jepun serius mahu bantu bangunkan Malaysia

Kerajaan Jepun serius mahu memainkan peranan membantu Malaysia merencana pembangunan negara membabitkan pelbagai bidang serta kepakaran. Jelas Tun Dr Mahathir, kesungguhan itu dapat dilihat semasa sesi kunjungan hormat Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri Jepun, Dr Hiroto Izumi pada hari terakhir lawatan kerja ke Fukuoka pada Khamis.