Tutup

Jerebu: 648 sekolah di empat negeri ditutup pada Selasa

Sebanyak 648 sekolah ditutup pada Selasa berikutan keadaan jerebu dan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) melebihi 200. Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan daripada jumlah itu, 636 sekolah adalah sekolah kerajaan di Sarawak, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan.