Jerebu di Pulau Pinang cecah paras tidak sihat

Keadaan berjerebu di Pulau Pinang mencecah paras tidak sihat sejak pagi tadi apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dicatat melebihi 100. Dua kawasan di Seberang Jaya dan Seberang Perai mencatatkan bacaan IPU tidak sihat sehingga jam 3 petang iaitu masing-masing 120 dan 109 .