Tutup

Jerebu di Pulau Pinang semakin buruk

Kualiti udara di Pulau Pinang dijangka semakin merosot dengan indeks pencemaran udara (IPU) di Balik Pulau dan Minden mencatatkan bacaan sangat tidak sihat. Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Pengurusan Kualiti Udara, Jabatan Alam Sekitar Wan Aminordin Wan Kamaruddin berkata berdasarkan trend, keadaan jerebu dijangka semakin buruk khususnya di bahagian pulau.