Tutup

Jerebu jejas pendapatan pengayuh beca di Melaka

Negeri Melaka yang sememangnya terkenal sebagai negeri pelancongan bersejarah seringkali menjadi tumpuan ribuan pelancong dari dalam mahupun luar negara untuk berkunjung ke negeri itu, lebih-lebih lagi pada cuti panjang. Bukan sahaja pengunjung, malah cuti tiga hari sempena sambutan Hari Malaysia ini juga dinanti-nantikan oleh pengayuh beca yang memanfaatkan waktu itu untuk meraih pendapatan berganda dengan pertambahan pelancong.