Tutup

Jerebu kembali lagi

Kualiti udara yang merosot di beberapa kawasan di seluruh negara hari ini berikutan jerebu merentas sempadan dari Sumatera dan Kalimantan, Indonesia. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, pemantauan oleh pusat Meteorologi Khas Asean (ASMC) mengesan 68 titik panas di Kalimantan dan 10 titik panas di Sumatera, manakala satu titik panas di kesan di Pahang.