Tutup

Jerebu: Nelayan sesat ke perairan Indonesia

Dua beranak berdepan detik cemas selepas bot dinaiki mereka hilang arah sehingga memasuki sempadan perairan negara jiran awal pagi tadi. Mereka yang merupakan nelayan tempatan itu dikatakan hilang pandu arah untuk pulang semula ke daratan di Jeti Nelayan Pantai Puteri, Melaka selepas jarak penglihatan amat terhad, akibat jerebu.