Tutup

Jho Low atur pertemuan Najib dan Putera Mahkota Abu Dhabi - Saksi

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi mendedahkan Low Taek Jho atau Jho Low bertanggungjawab mengatur pertemuan antara bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Putera Mahkota Abu Dhabi bagi menandatangani perjanjian kerjasama dua hala bernilai RM18 bilion. Saksi kesembilan itu berkata, perjanjian 1MDB dengan aabar investment pjs itu dimeterai pada 12 Mac 2013.