Tutup

Jika layan Lynas seperti 'paria', tiada pelaburan akan masuk - Tun M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan bahawa kilang nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) tidak boleh digesa untuk hentikan operasi serta keluar dari Malaysia. Tegasnya, tindakan itu hanya akan memburukkan keadaan selain menjejaskan kemasukan pelaburan asing langsung ke Malaysia.