Jika UMNO buruk, Melayu kena tempiasnya - Tok Mat

Ahli UMNO diseru menjaga imej parti Melayu, walaupun kehilangan kuasa tahun lalu. Menurut Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hassan, jika UMNO buruk, Melayu juga terkena tempiasnya. Justeru, saf kepimpinan dan akar umbi jelasnya perlu terus diperkuatkan bersama rakan perjuangan Pas.