Jiwa SME: Platform Maevi B, kelebihan untuk usahawan

Usahawan kini berpeluang memanfaatkan sistem platform pintar yang dibangunkan oleh Maevi khususnya dalam automasi dan pengurusan tenaga. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Maevi Sdn Bhd, Izham Ismail sistem yang dapat mengurangkan kos itu adalah kemudahan yang membolehkan usahawan beri tumpuan kepada perkembangan perniagaan.