JK Parlimen tidak tahu tentang pelantikan Latheefa

Susulan berita mengejut mengenai pelantikan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan mendedahkan bahawa Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk melantik jawatan-jawatan utama perkhidmatan awam tidak tahu tentang pelantikan tersebut.