Tutup

JKDM tumpas sindiket edar dadah 880KG

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan merampas 880 kilogram (kg) dadah yang bernilai hampir RM18 juta dalam serbuan di Kajang, Selangor, Jumaat lalu. Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T Subromaniam, berkata serbuan yang dibuat hasil maklumat orang awam di sebuah premis yang dijadikan stor simpanan sekitar 11.30 malam itu, berjaya menemui 31 guni dadah jenis heroin seberat 766kg dan enam guni dadah jenis ketamin seberat 114kg.