JKNMPP kemuka 32 cadangan selesaikan isu pembiayaan politik

Jawatankuasa Konsultatif Nasional Mengenai Pembiayaan Politik, JKNMPP mengemukakan 32 cadangan bagi menyelesaikan isu melibatkan dana politik. Pengerusinya, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata, cadangan itu termasuk mewujudkan pejabat pengawal sumbangan dan perbelanjaan politik.