Johor rancang buat pembenihan awan sekiranya cuaca panas berlarutan

Kerajaan Negeri Johor mempertimbangkan untuk melakukan pembenihan awan awal bulan depan sekiranya cuaca panas berlanjutan sehingga menjejaskan paras air di semua empangan di negeri itu. Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Utiliti Negeri, Jimmy Puah Wee Tse berkata pembenihan awan itu akan melihat kepada kesesuaian lokasi dan juga dari segi kos.