Tutup

Jongkong sarat muatan barangan kawalan di tahan

Sebuah jongkong yang sarat dengan barangan kawalan ditahan di kawasan Kuala Sungai Log Pond Tawau pada petang Selasa. Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, juragan dan jongkong tersebut diarah ke pangkalan markas operasi PPM Tawau untuk diperiksa kerana disyaki membawa barangan kawalan.