Tutup

JPAM mampu beri khidmat terbaik hadapi banjir

Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yakin mampu memberi perkhidmatan lebih baik dalam pengurusan bencana banjir tahun ini, melalui penyelarasan baharu di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN). Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPAM, Zainun Saleh berkata keputusan dibuat menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim itu, tepat dan mampu melancarkan kerja-kerja bantuan kepada mangsa bencana.